اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

مصادر المعلومات

FUNGSI BAHAGIAN SUMBER MAKLUMAT

Sumber Maklumat

  1. Mengurusetiakan mesyuarat dan aktiviti Jawatankuasa Pemikir Isu Islam Semasa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
  2. Menyelia ruangan Suara Pemikir di laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
  3. Menguruskan penerbitan bahan-bahan cetak untuk mewujudkan keselarasan kefahaman Islam di kalangan umat Islam.
  4. Mengendalikan program-program penerangan berbentuk seminar, bengkel dan Majlis Penjelasan Fatwa untuk menyebarkan kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah
  5. Mengumpul maklumat daripada pemantauan media sosial, media cetak dan elektronik termasuk saluran internet untuk kajian isu semasa.
  6. Menguruskan perolehan perpustakaan, dan penyelenggaraan bahan sumber maklumat sebagai bahan rujukan perpustakaan untuk kemudahan penyelidikan, peperiksaan kerajaan dan bacaan ilmiah kepada pegawai dan kakitangan.
  7. Mewujudkan perhubungan, kerjasama dan perkongsian maklumat dengan institusi-institusi fatwa dan institusi-institusi berkaitan hal ehwal Islam yang lain sama ada dalam atau luar negeri.