اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MENYANTUNI MANGSA-MANGSA BANJIR DI SHAH ALAM

SHAH ALAM, 8 FEBRUARI 2022 – Musibah banjir yang berlaku pertengahan Disember lalu telah mengakibatkan sebahagian besar penduduk di Taman Desa Kemuning, Shah Alam mengalami kemusnahan harta benda dan kerugian wang ringgit. Hujan yang turun berterusan selama 2 hari menyebabkan banjir dan menenggelamkan rumah dan kediaman mereka. Ketika itu, mangsa-mangsa banjir telah meninggalkan tempat kediaman dan berjalan kaki sehelai sepinggang ke tempat selamat di Masjid Alam Impian.

Prihatin dengan nasib yang menimpa mereka, Mufti Care PMWP telah turun padang menyantuni mangsa-mangsa banjir dan menghulurkan sumbangan bersesuaian dengan moto PMWP berteraskan kefatwaan, keilmuan, dakwah dan kemasyarakatan.

Sejumlah RM3000 telah disalurkan kepada 30 orang penerima dari kalangan ahli Kariah Masjid Surau Al-Muhtadin, Taman Desa Kemuning. Pihak Nasyrul Quran dibawah Yayasan Restu juga telah menyumbangkan 50 naskhah al-Quran. Majlis disempurnakan oleh SS Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan sejurus selepas menyampaikan kuliah maghrib.