اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL SEMAKAN TERJEMAHAN MUKADIMAH KITAB AL-MAJMUK SIRI 1/2022

PUTRAJAYA, 18 FEBRUARI 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui anjuran Unit Buhuth, PMWP telah mengadakan Bengkel Semakan Terjemahan Mukadimah Kitab Al-Majmuk Siri 1/2022 pada 16 hingga 17 Februari 2022 bertempat di Masjid Putra, Putrajaya. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memurnikan terjemahan bahan-bahan penyelidikan Unit Buhuth supaya menepati maksud yang dikehendaki berdasarkan kitab berkenaan dan turut disemak oleh beberapa panel penyemak yang dilantik iaitu:

  1. Ustaz Mohd Syaraf bin Bajuri
  2. Ustaz Muhammad Salman @Zalman bin Jonid
  3. Ustaz Ahmad Lutfi bin Muharram
  4. Ustaz Manan Lubis bin Kasri

Bengkel ini telah dirasmikan oleh SF Ustaz Najmuddin bin Abdul Karim, Ketua Penolong Mufti (Bahagian Fatwa) serta dihadiri beberapa orang pegawai kanan PMWP iaitu SF Dr. Syed Shahridzan, Ketua Penolong Mufti (Bahagian Penyelidikan) dan SF Ustaz Eizzul ‘Ala, Penolong Mufti Unit Istinbat.