اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNG HORMAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA TUAN YANG TERUTAMA DUTA MALAYSIA KE MESIR

KAHERAH, MESIR 16 FEBRUARI 2022 – Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan yang dalam rangka lawatan ke Mesir hari ini telah melakukan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Ambasador Zamani Ismail, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir.

SS Datuk Dr. Mufti dan Timbalannya, SS Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan diraikan dalam majlis jamuan makan tengahari di kediaman TYT Duta yang turut dihadiri warga Kedutaan Malaysia Kaherah.

Pelbagai perkara kepentingan bersama dibincangkan antaranya keperluan mendesak tanah perkuburan syarie untuk warga Malaysia dan kebajikan para pelajar Malaysia di Mesir.

Di akhir majlis, TYT Duta telah menyampaikan cendera kenangan kepada SS Datuk Mufti dan delegasi sebagai lambang hubungan baik dan mesra antara kedua belah pihak.