اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN KALI KE-136

PUTRAJAYA, 8 MAC 2022 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-136 di Dewan Syura, PMWP pada 8 Mac 2022. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan turut dihadiri 10 orang ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.

Sejumlah 5 kertas cadangan dibentangkan pada mesyuarat kali ini iaitu kertas cadangan daripada Pusat Wakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bagi mendapatkan pandangan dan keputusan hukum khususnya bagi melancarkan operasi dan produk-produk baru yang diperkenalkan oleh kedua-dua agensi berkenaan.