اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MAJLIS CERAPAN RASMI HILAL RAMADAN 1443H

PUTRAJAYA, 1 APRIL 2022 - Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1443H telah diadakan di tiga buah lokasi iaitu di Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan menara Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) secara serentak dengan di 26 lokasi cerapan lain di Malaysia bagi menentukan permulaan masuknya Bulan Ramadan 1443H seterusnya tarikh Puasa 1 Ramadan .

Majlis cerapan di Menara Kuala Lumpur diketuai oleh SS Datuk Dr. Luqman Bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan manakala di PICC Putrajaya dan UMSKAL Labuan diketuai oleh SS Tuan Hj.Jamali Mohd Adnan serta Dr. Ahmad Zaki Bin Ali. Cerapan ini turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan urus setia daripada PMWP.

Berdasarkan keputusan cerapan yang dilaporkan oleh setiap lokasi setelah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah mengisytiharkan 1 Ramadan 1443H bersamaan 3 April 2022.