اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

SIDANG KEMUNCAK ULAMA ISLAM 2022 (MUSLIM SCHOLARS SUMMIT 2022)

SEPANG, SELANGOR, 20 MEI 2022 – Sidang Kemuncak Ulama Islam 2022 (Muslim Scholars Summit 2022) anjuran Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) dan Yayasan MyAQSA (MyAQSA) dengan kerjasama Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah diadakan pada 20 hingga 22 Mei 2022 di Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA Sepang.

Pihak YADIM juga telah bekerjasama dengan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) dengan melantik beberapa orang pegawai (PMWP) iaitu Ustaz Al-Hafiz bin Ishak, Ustaz Mohd Shairawi bin Mohd Noor, Ustaz Muhammad Luqman bin Ahmad Tarmizi dan Ustaz Wan Ahmad Naqiuddin bin Wan Khalid sebagai pelapor (rapporteur) bagi menyediakan laporan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab sepanjang program tersebut berlangsung.

Program tersebut turut dihadiri Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan sebagai delegasi yang mewakili Malaysia. Program tersebut telah menghimpunkan seramai 150 orang ulama dari seluruh dunia bagi membincangkan secara khusus isu kesatuan dan perpaduan ummah dalam perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa.

Semoga persidangan tersebut membuahkan hasil yang dapat membantu seluruh ummah dan negara-negara Islam dalam usaha kesepaduan Islam dan kesejahteraan ummah khususnya dalam pembebasan Masjidil Aqsa.