اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 1444H/2022M

KUALA LUMPUR, 2 OGOS 2022 – Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah diadakan di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan pada 2 Ogos 2022. Majlis dirasmikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Seterusnya, majlis diisi dengan sesi Bual Bicara Khas Maal Hijrah 1444H/2022M yang menampilkan Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan YBrs. Prof. Madya Dr Sharifah Hayaati bin Syed Ismail, Pensyarah Kanan Universiti Malaya yang bertemakan “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi tahnian diucapkan kepada YBhg. Dato’ Wan Mohamad Bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1444H. Diucapkan juga penghargaan dan tahniah kepada empat Penerima Anugerah Khas tahun ini iaitu:

1- Dato’ Prof. Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Mohd Yusoff, Anugerah Khas ilmuwan

2- Tan Sri Dato’ Azman Hashim, Anugerah Khas Korporat

3. Tuan Shah Kirit Kalkulal Govindji, Anugerah Khas Pendakwah Muallaf

4- Tuan Haji Mingu Bin Matnoh, Anugerah Khas Imam