اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM KELANTAN KEPADA PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 8 OGOS 2022 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) pada 8 Ogos 2022. Kunjungan tersebut telah dihadiri wakil JAHEIK yang diketuai oleh YBrs. Ustaz Mohamad Bakhari bin Hamad, Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Negeri Kelantan serta dihadiri seramai 45 orang ahli rombongan. Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan bersama-sama pegawai-pegawai kanan PMWP menyambut mesra kehadiran rombongan JAHEIK ke atas PMWP dengan merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada ahli rombongan yang hadir.
 
Majlis turut diisi dengan pembentangan maklumat PMWP yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan dengan memperkenalkan sejarah dan pencapaian PMWP pada tahun 2021 dan 2022. Turut menjelaskan juga, perkhidmata-perkhidmatan sedia ada seperti kaedah jawapan soal jawab agama, info-info berkaitan falak, pentauliahan mengajar agama di Wilayah Persekutuan dan lain-lain bagi membantu masyarakat awam khususnya di Wilayah Persekutuan kepada ahli rombongan yang hadir. Majlis berakhir dengan penyampaian beberapa bahan naskhah terbitan PMWP sebagai tanda cenderamata kepada ahli rombongan atas kunjungan mereka ke PMWP.