اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS ULAMA INDONESIA KEPADA PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 26 OGOS 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerima kunjungan hormat daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI), Jakarta Timur pada 26 Ogos 2022 di Bilik Latihan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). PMWP merakamkan ucapan terima kasih dan pengahargaan kepada Dr. K.H. Didi Supandi, L.C, M.A., Ketua Umum MUI, Jakarta Timur dan ahli rombongan yang hadir atas kunjungan ke pejabat ini.
 
SF Dr. Syed Shahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan) telah mewakili SS Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan menyambut mesra ahli rombongan yang hadir ke PMWP. Di kesempatan yang ada juga, SF Dr. Syed Shahridzan telah memperkenalkan sejarah dan pencapaian PMWP melalui pembentangan maklumat korporat PMWP. Beliau turut menjelaskan juga, antara perkhidmatan yang disediakan seperti kaedah jawapan soal jawab agama, info-info berkaitan falak, pentauliahan mengajar agama di Wilayah Persekutuan dan lain-lain bagi membantu masyarakat awam khususnya di Wilayah Persekutuan kepada ahli rombongan yang hadir.
 
Semoga dengan pertemuan ini memberikan input yang berguna dan bermanfaat kepada MUI, Jakarta Timur dengan menjadikan PMWP sebagai rujukan dan contoh dalam pembangunan Islam hingga ke persada antarabangsa.