اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL PENYELIDIKAN SOAL JAWAB AGAMA - ISU-ISU FIQH KONTEMPORARI SIRI 1/2022

KUANTAN, 12 SEPTEMBER 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah mengadakan Bengkel Penyelidikan Soal Jawab Agama - Isu-Isu Fiqh Kontemporari Siri 1/2022 pada 7 hingga 10 September 2022 yang lalu di Shahzan Hotel Kuantan, Pahang. Bengkel tersebut telah melibatkan para pegawai penyelidik daripada Unit Buhuth, PMWP dibawah seliaan Ustaz Akhrun bin Musa, Penolong Mufti Unit Buhuth dan Ustaz Mohd Ghazali bin Mohamed Nor, Penolong Mufti Unit Bahagian Sumber Maklumat.
 
Pelaksanaan bengkel ini bertujuan untuk menerbitkan bahan bacaan berkaitan Fiqh Jalan Raya bagi santapan masyarakat awam terutamanya di Wilayah Persekutuan. Pelaksanaan bengkel ini juga adalah salah satu usaha PMWP dalam merungkai perbahasan fiqh berdasarkan isu-isu jalan raya yang berbangkit selaras dengan penguatkuasaan undang-undang di Malaysia. Semoga dengan pelaksanaan bengkel ini menghasilkan sumber bacaan yang bermanfaat dan berkualiti untuk rujukan masyarakat awam amnya.