اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN MENGHADIRI PERSIDANGAN ANTARABANGSA ANJURAN DALLAH AL-BARAKA

MADINAH, 17 MAC 2023 – Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan telah dijemput menghadiri persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh Dallah al-Baraka,sebuah syarikat multinasional global berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi. Persidangan kali ini bertemakan “Sustainability and Its Authenticity in Islamic Economy” bertempat di University of Prince Mugrin, Madinah al-Munawwarah pada 15 hingga 17 Mac 2023 yang lalu.

Persidangan turut dihadiri oleh tokoh kewangan dan ekonomi Islam Malaysia termasuk Prof. Dr. Ashraf Md Hashim,Pengerusi Jawatankuasa Syariah Bursa Malaysia.