اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

WACANA FATWA MADANI SEMPENA AMBANG RAMADAN PERINGKAT JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

PUTRAJAYA, 21 MAC 2023 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP)  melalui Bahagian Sumber Maklumat (BSM) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menganjurkan Wacana Fatwa Madani Sempena Ambang Ramadan Peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Auditorium JPA, Putrajaya hari ini. Program ini diadakan bagi memberi kefahaman berkaitan kefatwaan dan isu-isu Islam semasa yang melibatkan hukum syarak di samping berkongsi ilmu dan pengalaman dalam mencari penyelesaian terhadap isu-isu berbangkit khususnya di Wilayah Persekutuan.

Program bermula dengan penyampaian ceramah berkaitan pengeluaran fatwa-fatwa semasa bulan Ramadan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan dan diteruskan dengan penyampaian ceramah berkaitan isu dan cabaran semasa Islam masa kini oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani bin Mohd Safian, ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan. Sebelum mengakhiri program, Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan telah menyampaikan tausiah khas kepada para tetamu yang hadir. Dalam ucapan tausiah, beliau manasihatkan agar umat Islam sentiasa menggunakan peluang dan mengisi masa yang ada terutamanya pada bulan Ramadan dengan perkara-perkara yang berfaedah dan berfantaat dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Program berakhir dengan ucapan penutupan yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi). Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Pauzan bin Ahmar, Pengarah Bahagian Psikologi, JPA dan YBhg. Datin Paduka Roslinah binti Md Jani, Pebgarah Bahagian Khidmat Pengurusan, JPA serta hampir 250 orang warga perkhidmatan awam. Semoga program ini dapat memberi manfaat dan menambah ilmu serta meningkatkan kesedaran tentang isu dan fatwa semasa kepada semua yang hadir.