اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM IHYA’ RAMADAN MASJID PUTRA

PUTRAJAYA, 28 MAC 2023 - Masjid Putrajaya, Putrajaya menampilkan Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan untuk menyampaikan tazkirah Zohor sempena Program Ihya’ Ramadan Masjid Putra hari ini. YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia turut hadir mengimarahkan lagi program tersebut.

Melalui ucapan aluannya, beliau menyeru agar seluruh jabatan kerajaan mengadakan program-program seperti ini bagi mengimarahkan lagi sambutan bulan Ramadan. Semoga program yang diadakan memperoleh manfaat dan semangat dalam menghidupkan amalan-amalan mulia di bulan Ramadan ini.