اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

QALAM MUFTI #50: LIVERPOOL: JUARA BERTAHAN MEMPAMERKAN TARING

qalam_mufti_50

Pasukan Liverpool akhirnya berjaya mendapatkan kemenangan pertama di tempat lawan pada aksi ketiga peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah dengan mengalahkan tuan rumah KRC Genk dengan jaringan 4-1. Pasukan KRC Genk ini bukan calang-calang pasukan kerana mereka merupakan Juara Liga Divisyen 1 Belgium (Belgian First Division A) untuk musim 2018-2019.

Permainan yang baik telah dipamerkan oleh kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan tiada pasukan yang bermain secara ultra-defensif yang membuatkan permainan menjadi tidak menarik. Gol-gol menarik Liverpool telah dijaringkan oleh Alex Oxlade-Chamberlain (2 gol), Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Antara pengajaran yang kami dapati daripada perlawanan ini ialah:

  1. Hasil ‘Teamplay’ yang amat menarik, gol ke-3 jaringan Mohamed Salah (baru pulih daripada kecederaan) adalah pembuktian bahawa jika kita walaupun dalam keadaaan sakit mampu berjaya dalam kerja buat kita jika kita mempunyai rakan dan sahabat yang baik disekeliling kita yang memberikan semangat juga bantuan yang secukupnya.
  2. Suatu perkara yang menariik juga ialah pemain yang bernama Alex Oxlade-Chamberlain yang telah menjaringkan gol pertama dan gol kedua yang amat menarik didalam perlawanan ini merupakan pemain yang baru pulih daripada kecederaan yang begitu lama sekali hampir setahun. Namun, atas semangat yang berterusan dan sokongan kuat daripada ahli pasukannya, dia akhirnya berjaya mengembalikan prestasi permainannya di tahap yang terbaik. Segalanya akan sukar buat dia jika tiada ‘Team-Effort’. Iniliah realiti slogan mereka ‘You’ll Never Walk Alone’.

Akhir kalam, tahniah Liverpool diatas kemenangan ini dan juga syabas diatas nilai-nilai murni & positif yang dapat kita kongsikan bersama untuk hari ini.