Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK PMWP 2022-2025

SHAH ALAM, 15 JUN 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik pada 13-15 Jun 2022 bertempat di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam. Bengkel 3 hari tersebut telah dikendalikan oleh konsultan profesional dari Dayafasih, Tuan Syed Abdullah dan dihadiri oleh pegawai kanan dan kakitangan PMWP daripada setiap bahagian dan unit.

Objektif utama bengkel adalah memberikan kefahaman kepada pegawai dan kakitangan mengenai kepentingan perancangan strategik  sekaligus untuk membantu pihak Jabatan dalam merangka perancangan  strategik yang baru.

Antara aktiviti yang diadakan di dalam bengkel tersebut adalah membentuk draf misi & visi Jabatan, mengenalpasti objektif strategik dan jua KPI yang dapat mendokong misi dan visi tersebut. Penglibatan setiap peringkat kakitangan dalam bengkel ini adalah penting bagi memberikan peluang kepada kakitangan dalam membentangkan idea. Di samping itu juga, penglibatan mereka akan dapat memastikan keberkesanan dalam pelaksanaan pelan strategik ini nanti.

Ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian penutup, Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan mengharapkan kepada semua warga PMWP bergerak proaktif bqgi melaksanakan perancangan strategik sepanjang lima tahun akan datang. Beliau juga mengingatkan semua pihak bekerjasama menjayakan visi PMWP sebagai peneraju dalam pengurusan fatwa bertaraf antarabangsa yang efisyen, profesional dan diyakini dalam aspek Akidah, Syariah & Tasawuf menjelang tahun 2025. Selain itu bagi memperkasakan institusi mufti dan kefatwaan khususnya di Wilayah Persekutuan.

 

 


Cetak   Emel
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+