اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MAJLIS EXECUTIVE TALK SIRI 2/2022 SEMPENA MENYAMBUT KEHADIRAN RAMADAN AL-MUBARAK

PUTRAJAYA, 21 MAC 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Komuikasi Korporat (UKK) telah menganjurkan Sesi “Executive Talk” Siri 2/2022 sempena menyambut kehadiran Ramadan yang bakal tiba dan majlis ini telah berlangsung di Ruang Legar, Bahagian Khidmat Sokongan, PMWP. Sesi “Executive Talk” siri ini telah disampaikan oleh Dr. Abdelkarim Elsayed Elbadawi Ahmad Soliman Al-Nadwi (Syeikh Mustafa Al-Nadawi). Majlis ini telah melibatkan semua warga kerja PMWP di Putrajaya dan Kuala Lumpur manakala warga kerja di Cawangan Labuan pula terlibat melalui secara “video conference”.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis dan ucapan ringkas daripada Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan sebagai tanda mengalu-alukan kehadiran penceramah jemputan Syeikh Mustafa Al-Nadawi serta rombongannya ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Dalam ceramah tersebut, Syeikh Mustafa Al-Nadawi telah menekankan serta menghuraikan 3 perkara utama yang perlu diselaraskan dalam perjalanan hidup kita sebagai umat Islam di muka bumi ini iaitu pendidikan (tarbiah), pengajaran (ta’lim) dan dakwah.

Sebelum mengakhiri ceramah, beliau turut berpesan supaya menjadikan kitab-kitab sirah, kitab-kitab yang menceritakan biodata ulama-ulama dan lain-lain yang berkaitan agar kita mengetahui bahawa setiap perbuatan yang dilakukan adalah berdasarkan jalan yang lurus dan benar sepertimana jejak langgkah para alim ulama dalam menyampaikan ilmu. Semoga perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Syeikh Mustafa Al-Nadawi melalui majlis ini memberi manfaat kepada semua.