اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI BANGSAMORO ATTORNEY-GENERAL OFFICE (BAGO) KEPADA JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

29 APRIL 2025, PUTRAJAYA – Sahibus Samahah Datuk. Prof Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Mufti Wilayah Persekutuan menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Bangsamoro Attorney-General Office (BAGO) di Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) semalam. Kunjungan ini juga diadakan melalui kerjasama Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), Universiti Malaya dalam menganjurkan satu program bertemakan polis awam dan undang-undang Syariah.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk mendapatkan pendedahan berkenaan dengan polis awam di Malaysia khususnya dalam bidang undang-undang Syariah kepada peserta antarabangsa daripada delegasi Filipina di samping membincangkan serta bertukar pandangan mengenai hukum hakam agama terhadap isu-isu semasa agama di dua negara asia ini. Turut bersama-sama meraikan kunjungan, Sahibul Fadilah Ustaz Muhamad Sujak bin Muhamad Dasuki, Ketua Penolong Mufti (Fatwa) dan beberapa pegawai JMWP.

Semoga kehadiran delegasi tersebut ke jabatan ini memperoleh info yang bermanfaat kepada semua.