اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

DAURAH TALAQQI KITAB ILMU FALAK (SABIL AL-MUHTADIN) & BUKU INFOGRAFIK CERAPAN

KUALA LUMPUR, 5-6 MEI 2025, Program Daurah Talaqqi Kitab Ilmu Falak (Sabil al-Muhtadin) dan Buku Infografik Cerapan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Perdana, Kuala Lumpur. Program ini telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Madya Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah menandakan sokongan padu terhadap usaha memartabatkan ilmu falak di tanah air.

Tujuan utama program ini adalah untuk menghidupkan kembali pengajian turath dalam bidang falak, memperkukuh kefahaman peserta terhadap kaedah pengiraan falak syar‘i serta menghubungkan ilmu ini dengan amalan ibadah seharian seperti penentuan waktu solat dan arah kiblat.

Antara manfaat utama yang diperoleh peserta ialah pendedahan langsung kepada kandungan kitab Sabil al-Muhtadin dan buku infografik cerapan yg bakal diterbitkan kelak, pengukuhan kefahaman melalui talaqqi bersama para asatizah serta penerokaan aplikasi ilmu falak secara praktikal melalui buku infografik cerapan.

Semoga usaha ini terus diberkati dan menjadi pemangkin kebangkitan ilmu falak dalam masyarakat Islam hari ini.