اختيار اللغة:

hubungi2maklumbalas2peta2

SAHIBUS SAMAHAH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN MENGHADIRI SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN REPUBLIK ARAB MESIR

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Negara Republik Arab Mesir yang berlangsung di Kuala Lumpur atas jemputan Duta Besar Republik Arab Mesir ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Karim Mohamed Elsadat Abdelkarim Abdelkhalek.

Majlis tersebut menghimpunkan para tetamu kehormat daripada pelbagai agensi kerajaan, badan diplomatik serta tokoh masyarakat sebagai tanda penghormatan terhadap hubungan erat yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Republik Arab Mesir.

Kehadiran Sahibus Samahah dalam majlis berkenaan mencerminkan komitmen Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dalam memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama dua hala, khususnya dalam bidang keilmuan Islam, pendidikan, dakwah serta pembangunan ummah.

Semoga hubungan erat yang terjalin antara Malaysia dan Republik Arab Mesir akan terus diperkasakan demi manfaat bersama serta menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan kedua-dua negara.