اختيار اللغة:

hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM RAHMAH MESRA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA SURAU TABUNG HAJI

KUALA LUMPUR, 31 Julai 2026 - Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan, telah menghadiri Program Rahmah Mesra Mufti Wilayah Persekutuan bersama warga Surau Tabung Haji. Bersempena sambutan Hari Pahlawan, Sahibus Samahah telah menyampaikan khutbah Jumaat yang mengajak umat Islam menghargai jasa dan pengorbanan para pahlawan serta anggota keselamatan yang telah mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.

Beliau turut menekankan bahawa semangat pengorbanan, keikhlasan dan tanggungjawab yang dipamerkan oleh para pahlawan wajar dijadikan inspirasi dalam melaksanakan amanah serta menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan negara.

Dalam program tersebut, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan turut menyediakan perkhidmatan Klinik Hukum, Semakan Tarikh Lahir Hijri, serta jualan buku-buku terbitan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan bagi memberi peluang kepada para jemaah mendapatkan khidmat nasihat, maklumat berkaitan penukaran tarikh lahir Hijri, dan bahan bacaan ilmiah yang diterbitkan oleh jabatan.