اختيار اللغة:

hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KE JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA ANTARA AGENSI

PUTRAJAYA, 12 Ogos 2026 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebagai usaha mempererat kerjasama dan hubungan strategik antara kedua-dua agensi.

Kunjungan hormat ini menjadi platform bagi JMWP dan JKDM untuk bertukar pandangan serta membincangkan ruang kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Hubungan yang lebih erat antara agensi juga dilihat dapat membantu dalam memberikan sokongan dan rujukan berkaitan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama.

Antara perkara yang dibincangkan ialah peranan JMWP dalam membantu JKDM dari aspek rujukan dan penerangan hukum, khususnya dalam isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab jabatan. Antaranya termasuk persoalan berkaitan kutipan cukai menurut perspektif Islam, yang memerlukan penelitian dan kefahaman berdasarkan prinsip serta panduan syariah.

Kerjasama ini juga dilihat dapat memberi ruang kepada JMWP untuk menyumbang pandangan dan penerangan berkaitan hukum Islam dalam perkara yang bersesuaian dengan bidang tugas JKDM, sekali gus membantu warga kerja mendapatkan kefahaman yang lebih jelas dalam melaksanakan amanah masing-masing.

Selain itu, kunjungan ini turut memberi penekanan terhadap usaha memperkasa aspek syariah dalam segala tindak-tanduk dan pelaksanaan kerja warga Kastam, agar pelaksanaan tugas sentiasa mengambil kira nilai-nilai Islam seperti amanah, integriti, keadilan dan tanggungjawab.

JMWP berharap agar kunjungan hormat ini dapat menjadi wadah kepada kerjasama yang lebih kukuh dan berterusan antara kedua-dua agensi, khususnya dalam aspek rujukan hukum, perkongsian ilmu dan penerapan nilai-nilai syariah dalam perkhidmatan awam.