اختيار اللغة:

hubungi2maklumbalas2peta2

UNDANGAN MENYAMPAIKAN CERAMAH PERDANA KEMERDEKAAN 2026: PATRIOTISME DALAM BERAGAMA

SIKAMAT, 31 Ogos 2026 – Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah dijemput menyampaikan Ceramah Perdana Kemerdekaan 2026 bertajuk “Patriotisme Dalam Beragama” di Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat, Negeri Sembilan.

Dalam penyampaian tersebut, Sahibus Samahah menekankan bahawa rasa sayang dan kecintaan terhadap negara perlu dipupuk dalam diri setiap rakyat, khususnya umat Islam. Kecintaan kepada negara bukan sekadar dizahirkan melalui sambutan Hari Kebangsaan, tetapi perlu diterjemahkan melalui sikap menghargai keamanan, menjaga keharmonian, menghormati sesama masyarakat serta melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara.

Sahibus Samahah turut mengingatkan bahawa negara yang aman merupakan satu nikmat yang perlu disyukuri dan dipelihara bersama. Justeru, masyarakat perlu mempunyai rasa memiliki dan kasih terhadap tanah air serta berusaha mempertahankan keamanan dan perpaduan yang telah dibina oleh generasi terdahulu.

Selain itu, program ini turut menjadi wadah untuk menghubungkan nilai agama dengan semangat patriotisme, di samping memperkukuh perpaduan dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat. Penghayatan terhadap kemerdekaan sewajarnya melahirkan masyarakat yang bersyukur, menghargai keamanan dan sentiasa berusaha memastikan keharmonian negara terus terpelihara.

Diharapkan pengisian ini dapat menyemarakkan rasa cinta dan sayang kepada negara dalam kalangan masyarakat, di samping membentuk umat Islam yang teguh pegangan agamanya, menghargai nikmat kemerdekaan serta bersama-sama bertanggungjawab memelihara keamanan dan keharmonian Malaysia.