اختيار اللغة:

hubungi2maklumbalas2peta2

PERBINCANGAN KOLABORASI PROGRAM LATIHAN ANTARA JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN IBFIM

KUALA LUMPUR, 10 November 2026– Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) telah mengadakan perbincangan awal bersama Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) bertempat di Bangunan AICB, Kuala Lumpur.

Delegasi JMWP diketuai oleh Sahibus Samahah Tuan Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan, bersama Sahibus Samahah Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, serta Puan Naimah binti Mohamad Nasir, Ketua Unit Latihan dan Integriti. Pihak IBFIM pula diketuai oleh Encik Yusry bin Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, bersama barisan pengurusan dan wakil IBFIM.

Perbincangan ini bertujuan meneroka peluang kerjasama strategik dalam pembangunan program latihan dan pendidikan masyarakat khususnya meningkatkan kesedaran serta kefahaman masyarakat terhadap kewangan Islam di samping memperkasa kepimpinan berteraskan pemikiran ulama yang menekankan penyelesaian masalah dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan di pelbagai peringkat pentadbiran.

Pertemuan ini diharap menjadi salah satu langkah kerjasama strategik yang dapat memperkukuh kompetensi warga JMWP serta memperluas manfaat ilmu dan kefahaman kewangan Islam dalam kalangan masyarakat.