اختيار اللغة:

hubungi2maklumbalas2peta2

Fatwa & Realiti Semasa

Klik untuk membaca

Fatwa & Realiti Semasa mengupas peranan fatwa sebagai panduan syarak yang responsif terhadap cabaran zaman. Buku kecil ini memuatkan kertas kerja Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan, yang dibentangkan di Simposium Antarabangsa Ifta' 2025 di Kaherah. Beliau menekankan fatwa yang berteraskan maqasid syariah, kemudahan dan pertimbangan implikasi, serta menonjolkan amalan fatwa kolektif di Malaysia. Turut dilampirkan metodologi Dr. Ali Al-Qaradaghi dalam mengkaji hukum syarak bagi isu kontemporari. Diterbitkan dalam tiga bahasa, iaitu Melayu, Arab dan Inggeris, buku ini sesuai untuk ilmuwan, penggubal dasar, mahasiswa dan masyarakat umum.

  • Penulis: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan
  • Penerbit: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan
  • Tahun: 2026
  • ISBN: 978-629-94317-3-2